Aaron Swartz
Aaron Swartz

Aaron Swartz

Aaron Hillel Swartz (8 November 1986 – 11 Januari 2013)[1] ialah seorang pengaturcara, aktivis internet, pengurus politik, aktivis, dan penulis Amerika Syarikat.Swartz terlibat dalam pembangunan format suapan web RSS, pertubuhan Creative Commons, kerangka laman web.py dan laman berita sosial Reddit, yang mana beliau menjadi rakan kongsi setelah penggabungan dengan syarikatnya, Infogami.Swartz memberi tumpuan kepada sosiologi, kesedaran masyarakat dan aktivisme. Beliau membantu melancarkan Jawatankuasa Kempen Perubahan Progresif pada 2009 untuk mempelajari lebih lanjut tentang aktivisme dalam talian yang berkesan. Pada tahun 2010 beliau menjadi penyelidik di Universiti Harvard, Safra Research Lab tentang Korupsi Kewibawaan, yang dipimpin oleh Lawrence Lessig. Beliau menubuhkan kumpulan Demand Progress secara dalam talian, yang dikenali dalam kempen menentang cetak rompak (SOPA).Pada 6 Januari 2011, Swartz ditangkap oleh polis MIT atas tuduhan menceroboh masuk kampus dan secara sistematik memuat turun artkel-artikel jurnal akademik dari JSTOR. Pemdakwa raya persekutuan kemudian menuduhnya dengan 2 tuduhan penipuan dan 11 pelanggaran terhadap Penyalahgunaan Komputer dan Pelanggaran UU, dengan hukuman denda maksima kumulatif $1 juta, 35 tahun penjara, penyitaan aset, restitusi, dan diawasi.[2]Dua tahun kemudian, dua hari setelah pendakwa raya menolak tawaran peguamnya yang kedua, Swartz ditemui mati menggantung diri di apartmennya di Brooklyn, New York.[3][4] Pada tahun 2013, Swartz dimasukkan ke Dewan Kemasyhuran Internet secara anumerta.[5]